Contoh campur tangan asing yang memberi kesan kepada pertubuhan komuniti Examples of foreign interference impacting community organisations
Contoh campur tangan asing yang memberi kesan kepada pertubuhan komuniti
Pertubuhan komuniti memainkan peranan penting dalam menyokong dan membentuk komuniti, mempengaruhi proses membuat keputusan serta menghubungkan pelbagai kumpulan masyarakat.
Rangkaian luas serta hubungan yang dipercayai yang dimiliki oleh pertubuhan komuniti menjadikan mereka antara pihak utama dalam kepimpinan dan penglibatan masyarakat.
Campur tangan asing yang menyasarkan sesebuah pertubuhan komuniti melalui tindakan sulit, paksaan, penipuan atau perbuatan rasuah boleh menjejaskan kebebasan pertubuhan tersebut, menghakis kepercayaan masyarakat serta melemahkan perpaduan sosial.
Ia juga boleh mengancam keselamatan, sekuriti serta kebebasan bersuara dan berpersatuan bagi pertubuhan tersebut serta komuniti yang lebih luas.
Ketahui dengan lebih lanjut bagaimana negara asing yang terlibat dalam campur tangan asing boleh menyasarkan pertubuhan komuniti di New Zealand serta langkah-langkah yang boleh diambil untuk melindungi diri daripada ancaman tersebut.
Berikut merupakan tiga contoh bagaimana campur tangan asing boleh memberi kesan kepada pertubuhan komuniti. Dalam contoh-contoh ini, “negara asing” merujuk kepada mana-mana negara selain New Zealand.
Contoh-contoh ini berasaskan pandangan dan maklumat yang telah dikongsi oleh Multicultural New Zealand – Persekutuan Majlis-Majlis Multikultural New Zealand – kepada Kementerian Komuniti Etnik. Kami merakamkan penghargaan atas sumbangan berharga mereka kepada sumber ini serta kepada sumber ‘Melindungi pertubuhan komuniti anda daripada campur tangan asing’.
Contoh-contoh di bawah merupakan senario hipotesis yang menggambarkan aktiviti yang berpotensi dianggap sebagai campur tangan asing di bawah Akta Kesalahan Jenayah 1961.
Ini adalah maklumat umum. Ini disediakan untuk pemahaman anda sahaja dan bukan merupakan nasihat undang-undang. Untuk nasihat undang-undang yang khusus, sila berunding dengan profesional undang-undang yang bertauliah.