Te Kāhui Tika Tangata Suruhanjaya Hak Asasi Manusia adalah institusi hak asasi manusia negara New Zealand (NHRI). “He whakamana tangata. "Kehidupan yang bermaruah untuk semua" adalah moto kami dan kami menghayati ini dengan melindungi dan memperkukuhkan hak asasi manusia semua rakyat New Zealand dan memastikan Te Tiriti o Waitangi disematkan dalam segala yang kami lakukan.
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia ada empat Pesuruhjaya, seorang Rakan Kongsi Tadbir Urus Hak Orang Asli dan lebih kurang 60 kakitangan yang berada di Auckland, Wellington dan Christchurch.
Kami menggalakkan dan melindungi hak asasi manusia dengan pelbagai cara. Salah satu cara adalah melalui perkhidmatan kami yang percuma dan sulit untuk membantu orang awam menangani aduan mengenai diskriminasi yang tidak sah di bawah Akta Hak Asasi Manusia 1993.
Penasihat kes dan mediator kami bekerjasama dengan orang untuk memberikan maklumat, menyokong penyelesaian awal dan menawarkan perkhidmatan penyelesaian pertikaian. Perkhidmatan kami adalah percuma dan sulit. Kami tidak menyiasat aduan atau menentukan sama ada undang-undang telah dilanggar.
Anda boleh membuat aduan jika anda fikir anda telah mengalami diskriminasi berdasarkan
bangsa, agama, jantina, ekspresi jantina, orientasi seksual, kecacatan atau ciri peribadi lain.
Anda juga boleh membuat aduan jika anda alami gangguan seksual, tingkah laku seksual yang tak diingini, atau jika seseorong cuba mengubah orientasi seksual atau ekspresi jantina anda.
Diskriminasi mungkin diberikan oleh individu, seperti majikan, peniaga, guru, atau dari organisasi atau perkhidmatan seperti restoran atau organisasi kerajaan.
Ia adalah percuma dan sulit untuk membuat aduan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara membuat aduan, lawati laman web kami di tikatangata.org.nz.
Maklumat boleh didapati dalam bahasa te reo Māori, Samoa, Tonga, Cina Tradisional, Cina Ringkas dan Hindi, serta format boleh diakses seperti Bacaan Mudah, fail Braille, cetakan besar dan audio.
He whakamana tangata.
Kehidupan yang bermaruah untuk semua.