Perkhidmatan Perisikan Keselamatan New Zealand, dikenali sebagai "New Zealand Security Intelligence Service (NZSIS)" – mentakrifkan campur tanganasing sebagai tindakan oleh negara asing, selalunya bertindak melalui proksi, yang bertujuan untuk mempengaruhi, mengganggu atau menumbangkan kepentingan negara New Zealand dengan cara yang menipu, rasuah atau paksaan. Aktiviti diplomatik biasa, melobi dan usaha nyata lain yang tulen untuk mendapatkan pengaruh tidak dianggap sebagai campur tangan.

Dalam helaian maklumat ini "negara asing" bermaksud mana-mana negara selain daripada New Zealand. Istilah ini digunakan untuk merujuk kepada negara di luar New Zealand.

Apakah campur tangan asing

Campur tangan asing memudaratkan hak dan kebebasan Komuniti Etnik

Campur tangan asing ialah apabila negara asing cuba campur tangan dengan New Zealand untuk mencapai matlamat mereka sendiri. Negara asing ini mahu mengawal dan mengubah minat, tingkah laku dan masyarakat New Zealand. Mereka melakukan ini supaya mereka boleh mempunyai lebih banyak pengaruh dan kawalan.

Campur tangan asing merosakkan kemerdekaan, demokrasi, ekonomi, reputasi dan komuniti New Zealand. Komuniti Etnik di New Zealand boleh mendapati perhatian yang tidak diingini dari negara asing, membuatkan mereka berasa tidak selamat dan membahayakan hak dan kebebasan mereka. Aktiviti diplomatik biasa antara negara bukanlah campur tangan asing.

Bagaimana boleh campur tangan asing berlaku kepada Komuniti Etnik?

Campur tangan asing yang dialami oleh Komuniti Etnik sukar dilihat. Berikut ialah beberapa contoh aktiviti campur tangan asing oleh negara asing atau seseorang yang melakukan campur tangan asing untuk mereka di New Zealand:

  • berusaha mengawal dan menakut-nakutkan masyarakat atau organisasi/kumpulan masyarakat
  • enggan memproses atau mengeluarkan dokumen rasmi untuk mengganggu, menakut-nakutkan dan mengawal komuniti dan tindakan mereka
  • mengambil atau mengancam untuk mengambil visa, pasport, atau dokumen rasmi lain orang di New Zealand untuk mengganggu, menakut-nakutkan dan mengawal komuniti dan tindakan mereka
  • mengancam orang di New Zealand, atau keluarga mereka yang tinggal di luar negara (termasuk ancaman dan gangguan melalui media sosial)
  • memaksa orang ramai pulang ke negara asal di luar kehendak mereka
  • pengawasan dan pemantauan yang tidak dibenarkan terhadap masyarakat oleh negara asing untuk mengancam atau menakut-nakutkan orang ramai
  • cuba menghalang kumpulan atau komuniti tertentu daripada berkongsi pandangan atau pendapat mereka secara terbuka yang berbeza daripada negara asing dengan menggunakan ancaman atau ugutan
  • cuba untuk menghentikan peristiwa daripada berlaku di New Zealand untuk menghalang orang ramai daripada menyatakan pendapat atau kepercayaan mereka yang tidak dipersetujui oleh negara asing
  • menyampaikan ancaman dari negara asing kepada masyarakat di New Zealand
  • berusaha mengubah cara pilihan raya dan proses demokrasi lain berfungsi

Kandungan ini diadaptasi daripada laporan NZSIS 2024: New Zealand’s Security Threat Environment (Persekitaran Ancaman Keselamatan New Zealand)

Muat turun maklumat ini di sini - Maklumat lanjut akan dimaklumkan kemudian